Adakah Senibina Pilihanku?

Salam sejahtera ke atas semua. Ly kini kembali dalam topik senibina. Oleh sebab coretan 5 tahun dahulu sebelum Ly ceburkan diri dalam bidang yang buatkan kita kurang tidur boleh dikatakan mendapat sambutan hangat dari adik-adik lepasan SPM bercita-cita menjadi arkitek, Ly akan teruskan unjuran daripada coretan tersebut.

Pertamanya, Ly kemaskini perkembangan terkini Ly terlebih dahulu. Sedang bekerja sebagai pembantu arkitek di firma arkitek berdekatan UiTM SI; tempat Ly belajar 4 tahun dulu. Memang Ly tak dapat lari dari negeri kelahiran Ly ni. Sayangnya dengan negeri Darul Ridzuan ni. Baru je mula kerja awal tahun 2017. Kiranya, tahun baharu maka permulaan baharu.

Selama Ly kerja ni, banyak benda yang Ly belajar. Ya, waktu kerja pun kita masih belajar. Sebelum ni Ly tak ada pengalaman bekerja dalam bidang senibina. Tak ada pengalaman bekerja pun sebenarnya. Ada pun waktu latihan industri, dari situ Ly dah mula merasai serba sedikit perasaan keluar dari zon selesa untuk 4 bulan. Kita kena pandai bawa diri tambah pula bila kita ni bukannya dari golongan orang berada. Kewangan sememangnya menjadi isu.

Peringkat permulaan kerja ni lepas je kita habis belajar, jangan sesekali expect gaji tinggi. Dalam bidang ni menggunakan konsep;

BANYAK PENGALAMAN BANYAK PENDAPATAN

Tumpukan perhatian dalam mencari ilmu dan pengalaman. Ingat, minat tu penting. Dengan minat tu yang buatkan kita bertahan. Bila dah minat, hari-hari kerja pun tak mengapa sebab kita suka buat kerja tu. Setiap hari kita teruja nak pergi kerja. Baru kita boleh fokus dalam kerja kita. 

Pengalaman handle projek yang paling dititikberat. Sepanjang projek kita pantau, bincang ke sana, ke mari. Pengalaman ni yang kita nak sebenarnya. Buat lukisan kat pejabat, itu siapa-siapa pun boleh buat. Betul, kita tak tahu apa-apa. Bila kita tak tahu apa-apa, kena buat apa? Tanya la.

TANYA ARKITEK, sebab apa-apa yang berlaku, nama firma yang akan buruk. Dalam peringkat ni juga kita belajar untuk buat kerja independently. Kita tahu perkara yang kita nak buat selepas ni. Sangkut? TANYA ARKITEK. Jangan semua benda kita nak kena tanya. Yang kita tahu, buat dengan yakin. Perkara yang kita buat mesti ada sebabnya. 

Dalam Ly bekerja, Ly sedar yang Ly dah banyak berubah. Jadi lebih matang. Ly keluar dari tempurung Ly dan redah hujan lebat di luar. Sebab Ly tahu, usai hujan pasti ada pelanginya. Pasti ada satu tahap yang kita akan rasa bosan. Buang perasaan tu terus. Sebab ia buat kita tersadung dalam perjalanan hidup kita. Cari perkara yang buat kita gembira. Macam Ly, Ly dekatkan diri lagi dengan Allah SWT. Allah je yang boleh tenangkan fikiran Ly. Zikir kepadaNya.

Berbalik kepada tajuk coret kali ni, betul ke aku pilih bidang ni? Lepas je Ly habis belajar Ly dah tak nak libat dalam bidang ni. Pelik kan? Lepas 4 tahun bertahan dalam belajar senibina ni, akhirnya nak habis macam tu juga. Nak dijadikan cerita, bulan November 2016, Ly ambil keputusan untuk kerja di KL atas sebab sana penglibatan teater sangat aktif. Ly nak kerja sambil berlakon. Punya Allah nak tunjukkan kuasaNya. Ly tak dapat bertahan di KL. Baru seminggu di KL dah balik Perak. Dari situ, Ly buat keputusan untuk mula dari bawah. Kerja di Perak dulu.

Alhamdulillah, ada kawan Ly mesej yang firma yang Ly kerja sekarang cari orang sebab dia nak kerja di KL nun. Tengok. Tampak gaya Ly memang tak dapat lari dari bidang yang unik ni. Untuk pengetahuan korang, Ly dapat jadi sukarelawan untuk Sukan SEA 2017 bulan Ogos ni dalam bidang protokol. Ly memang suka bidang sukarelawan ni juga.

Impak daripada sukarelawan ni, Ly jadi lebih asertif. Lagi banyak bercakap dari sebelum ni. Sampaikan cikgu-cikgu yang Ly jumpa waktu Hari Sukan di SERATAS kata Ly dah jadi orang lain. Yang lebih baik. Insya Allah, Ly cuba sumbangkan seberapa banyak ilmu dan sokongan serta doa kepada yang memerlukan. 

Hmm. setakat tu je coret yang Ly boleh luahkan. Mohon maaf sekiranya ada persoalan yang Ly tak jawab. Seperti yang korang lihat archive blog ni, setahun sekali ia dikemaskini dek coretan baharu. Jadi, sekiranya ada lagi persoalan, sumbangkan masa untuk emel persoalan tu kepada Ly. Ly akan cuba menjawab. Yang luar dari bidang pun tak mengapa, Ly boleh bertanya kepada yang ahli.

Sekian sahaja. Terima kasih atas kesudian korang luangkan masa untuk membaca coret Ly ni. Best of luck.

Comments

  1. Assalamualaikum Ly.

    Dalam mencari pengalaman sebagai Arkitek banyak perkara perlu explore.
    Ly dah mula belajar buat CTK. Selalunya ini yg terlepas pandang

    ReplyDelete

Post a Comment