Skip to main content
Cara Menjadi Arkitek
Kali ni, topik menarik sikit. Hmm, Paly rasa ramai jugak yang bercita2 untuk menjadi seorang arkitek. Tapi, kebanyakan antara mereka tak tahu caranya. Paly pun ada keinginan nak menjadi seorang arkitek jugak! Hehe~ Walaupun terpaksa jadikan kerjaya pelakon sebagai 'sidekick'.
OK. Selepas Paly ada buat research (macam saintis plak!), Paly dapat tahu sedikit sebanyak susur galur nak jadi seorang arkitek. Tapi, Paly tahu sikit je la yang faham. Mungkin info yang Paly bagi dapat bantu korang nanti ataupun vise versa (sebaliknya). Sebelum tu, kalau ada apa2 info yang tersilap yang Paly bagi ni, beritahu tau! Paly ni masih 'newbie'.
Sebelum tu, Paly nak senaraikan perkara2 yang perlu korang fikirkan dalam kerjaya. Tapi, Paly akan tekankan untuk kerjaya arkitek sahaja. Perkara2 tersebut ialah:-
- Peluang pekerjaan
- Kemahiran yang diperlukan
- Tangga kerjaya (peluang naik pangkat)
- Kelayakan akademik
- Jenis pekerjaan yang berpotensi dan apa tugas-tugasnya
- Sama ada memenuhi keperluan/kemahuan diri
- Kesesuaian persekitaran tempat kerja
- Masa bekerja yang sanggup dikorbankan
- Kemampuan diri sendiri dalam scope dengan subjek yang agak mencabar
Walau bagaimanapun, Paly akan terangkan sebahagian daripada perkara2 tu.
Mula-mula kita kenali dulu siapa arkitek ni, apa peranan dia? Peranan arkitek ialah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan/kliennya untuk merealisasikan bangunan idaman mereka. Arkitek bertanggungjawab menyediakan rekabentuk bangunan yang memenuhi kehendak pemiliknya, penghuninya atau majikannya (klien). Lebih lanjut mengenai peranan arkitek, klik sini.
Seterusnya, silibus senibina yang perlu dipelajari. Dalam kebanyakan silibus ni, korang perlu pandai melukis. Hari2 kena berlatih sebab nanti banyak tugasan yang akan diberikan kebanyakannya menggunakan kemahiran melukis. Jadi, antara silibusnya ialah:-
- Fizik struktur
- Reka bentuk
- Lukisan kerja
- AutoCAD
- Ukur tanah
- Grafik
- Kemudahan bangunan
- Sains kejuruteraan
- Pengajian am seperti matematik, pendidikan Islam, English, etc
Kemudian, bagi kelayakan bagi arkitek ialah korang hendaklah berdaftar dengan LAM. Oleh sebab penerangannya agak panjang, korang boleh baca kat SINI. Tapi, ia lebih kurang sama sahaja.
Lagipun, Paly dapat info ni dari laman web Lembaga Arkitek Malaysia (LAM). Fully in English language. Kalau korang fasih dalam bahasa Inggeris, boleh la terus baca dari laman web dia bagi keterangan lanjut. Mungkin ada soalan yang korang bakal tanya Paly, tak terjawab. Maka, yang lebih arif bertanya kepada pihak LAM terus. Tambahan pula, laman web tersebut di kemaskini saban hari tak seperti blog Paly yang serba kekurangan ni.
Firstly, kita perlu pilih IPT yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM). Yakni,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
Universiti Teknologi MARA (UiTM),
Universiti Sains Malaysia (USM),
Universiti Malaya (UM),
Universiti Islam Antarabangsa (UIA), dan
Universiti Putra Malaysia (UPM).
Tapi, kalau korang ada pilihan lain selain IPTA di atas, tak mengapa. Terpulang kepada korang. Ilmu ni ada di mana-mana sahaja. Hanya kita yang perlu mencari yang mana elok.
Hal ni sebab korang perlu lalui peperiksaan yang diadakan oleh LAM. Dia ada dua bahagian yakni Part I dan Part II. Korang kena amik peperiksaan ni juga kalau nak jadi arkitek berdaftar. Lepas je pass exam Part I ngan Part II ni, baru la korang digelar Graduate Architect.
Haa! Ada orang kata kalau jadi arkitek ni dapat gelaran Ar. Contohnya, Ar. Mohd. Fadily. Pergh~ Tak ke enak bangat bunyinya. Tapi, kalau korang tergila2 kan gelaran ni, korang kena pula ambil satu lagi peperiksaan yakni Part III; lagi advance. Lagi menduga jiwa sanubari mental dan fizikal. Cee~ gaya macam pernah amik je.
Kemudian, dua perkara korang perlu ambil berat juga iaitu accreditation (kelayakan) dan interview (temuduga). Korang kene pegi gym kalau nak jadi arkitek ni. Get it? Amik BERAT? Angkat BERAT? Haha! Lawak hambar. (Sedihnya hidup aku)
Pasal accreditation ni yang Paly cakap sebelum ni, kene cari IPT yang diikhtiraf terlebih dahulu. Kalau nak cari IPT lain pun tak ada masalah, namun korang kena ambil risiko. Ia penting sebab melahirkan arkitek yang standard dan berkualiti tinggi kat Malaysia ni. Maka, dalam pengajian ni memang payah kalau nak masuk. Malahan, kalau dalam satu batch tu, ada dalam 30 orang je! Totally payah.
Oleh sebab yang payah tu la interview kene pass with flying colour; perkara kedua penting. Lagipun, orang yang nak jadi arkitek ni tak semestinya result SPM dia straight A's. Arkitek ni seorang yang kreatif, kuat mental dan fizikal, pandai berkomunikasi dengan orang lain, sentiasa berfikiran, and tabah. Sebab tu la juga temuduga penting! Nanti kita akan berdepan dengan klien. Pandai arah anak buah. Hal yang demikian, kalau ada yang tak dapat siapkan kerja, kita sendiri yang kene marah dengan klien. Tak pasal2 batal kontrak.
Rasanya, sampai sini saje la yang Paly boleh cite. Sebenarnya, Paly berterima kasih sangat kat kakak blogger nie. Nama dia Kak Sophie. Thanks kak for the info. Dia merupakan Graduate Architect UiTM. So, Kalau korang nak tau lagi, tanya la dia. Kak Sophie lebih berpengalaman daripada Paly. Paly nak sampaikan sedikit sebanyak yang Kak Sophie cerita. Lepas perama kali Paly baca entri kak Sophie tu, ada la faham sikit nak jadi arkitek ni. Alhamdulillah.
Lagi satu, korang juga boleh melihat page ARKRAB yang keseluruhannya menerangkan mengenai arkitek. Juga Paly ada nyatakan dalam inspirasi Paly di atas.
Akhirnya, sampai jugak kita ke penghujung ye. Hehe. Setelah panjang lebor (Orang Perak rupenye) Paly berbicara secara hitam putih, konklusinya, sekiranya korang ni memang minat sangat2 dengan bidang senibina ni, teruskan. Jangan sesekali berhenti sebab ilmu tu tiada noktahnya. Malahan korang boleh buat lebih baik daripada orang lain yang berada di sekeliling korang.
Always think positive!!
UPDATE MARCH 2017 - Kepada adik-adik yang ingin bertanyakan soalan, boleh emel abang. Abang sedih sebab tak dapat menjawab soalan yang ditujukan di ruang komen di bawah. Abang jarang buka blog abang ni. Banyak perubahan requirement sejak 5 tahun lepas. Abang dah buat post baharu untuk adik-adik yang teruja nak jadi ARKITEK.
huhu . nk jd arkitek ssh jugk ek . tqs dik entry adik mnarik
ReplyDeleteaduii baru bercita2 nak jdi arkitek... huuuhhhh habis laa
ReplyDeletemmg susah..utk org2 yg berjiwa kental shj...batch sy mase amek archi dlu ramai yg berhenti..x sanggop..so, gud luck
ReplyDeleteye ke??ssh ke??adk sy dpr sarjana muda arkitek...intake bln 9 ni kt uitm s.alam....berjiwa kental??
DeleteAssalamualaikum, kak. Bulan 9 ni saya masuk uitm s.alam untuk course architecture jugak (kira akak senior saya lah). OK tak experience so far dekat sana?
DeleteCheck trafic source, ada dari entri ni. Thanks for linking..tp sy belum jadi graduate architect lagi.haha..
ReplyDeleteSaya pun masih study lagi.
Anyway, good adik! thumbs up for the infos. Sangat menunjukkan minat nak jadi arkitek. Bagus adik punya research.. =)
Hehe~ Trimas Kak Sophie! ^^ InsyaAllah~
Deleteslm ....abam2 akak2...nk tnya,
Deletemmg skrg degree for senibina 3taon ke?
Nak tanya. Yang IPT diiktiraf LAM tu untuk diploma je ke, degree je ke, or both? Kalau saya ambik diploma kat IPTS, and degree baru sambung IPTA mcm kat atas tu, macamana eh?
ReplyDeletetumpang tanya ^^ ...kalau nak jdi arkitek ni kena amek course ape eh?????
ReplyDeleteAmbil course yang berkaitan dengan senibina. Macam Landscape, Interior Design, etc yang seumpama dengannya.
Deletekalau nak ambik architecture in degree from interior designer or landscape diploma....blh ke??and cane care die ek.... :)
ReplyDeleteBoleh je, Amirul. Lepas habis diploma tu, mohon pulak ijazah senibina kat mana2 IPTA yang tawarkan.
Deletesaya pun baru nak tanya soalan sama mcm amirul syahmi tu..sbb ada org kata klaau dari diploma in interior design tak boleh continue study degree senibina
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalammualaikum .. saya sharizan lepasan spm 2014 .. saya ingin bertanya sekiranya saya mengambil politeknik boleh ke saya pergi jauh dlm bidang arkitek ? Dan sewaktu saya mengisi borang upu online , dia takde tulis bidang arkitek cuma bidang seni bina .. sama ke tak eh? Takut silap je .. harap balas la
ReplyDeleteWaalaikumussalam Sharizan. Maaf sebab lambat reply sebab dah lama jugak tak bukak komen blog ni. Haha! Perkara yang sama je dua benda tu.
DeleteArkitek tu maksud dia, orang yang buat rekabentuk. Senibina tu pulak architecture dalam bahasa Inggeris.
Pendek kata, ARCHITECTURE = SENIBINA. Sekian. Hahaha!
Assalamualaikum.. ada member cakap klau nk jd arkitek kna pndai Math & Math+.. Btul ke? Lgpun, saya lmah math.. Pendapat...?
ReplyDeleteTak semestinya kena jadi genius dalam Matematik. Tapi, asas tu kena la ada sebab senibina ni merangkumi semua aspek. Dalam pengiraan struktur pembinaan bangunan pun kita kena kira.
DeleteJadi, tips nak mudah Matematik senang je. Banyak buat soalan. Jangan risau kalau salah. Kita ni manusia, tak lari daripada buat kesalahan. Tapi, dah tau salah tu, jangan ulang perkara yang sama pulak! Haha! Bukan belajar namanya tu.
salam. kalau ambk architecture di ipts dlu then smbung ipta bleh tak?
ReplyDeleteWasalam. Maksud Fatin, nak ambil asasi terlebih dahulu? Rasanya boleh. Cuma, mungkin ambil masa atas tempoh pengajian yang agak panjang. Tapi, kalau Fatin tak kesah, boleh teruskan. Ilmu ada kat mana-mana. Kita je yang kena cari. Tapi, kena tau la mana yang baik dan mana yang buruk.
DeleteAssalamualaikum .. saya nak jadi seorang arkitek dan saya ada 2 pilihan antara Matrikulasi (Teknikal) dan UiTM (kejuruteraan awam) ..
ReplyDeleteJadi saya tak pasti yang mana terbaik .. Pendapat ??
tu ikot la mna yg sesuai.
Deletelagipon aq dulu amik kos elektik dan elektronik kt matrikulasi teknikal
tapi sekarang ni aq dhnk masuk Um kos senibina tpi masih xphm pasal part 1 & part 2
tu ikot la mna yg sesuai.
Deletelagipon aq dulu amik kos elektik dan elektronik kt matrikulasi teknikal
tapi sekarang ni aq dhnk masuk Um kos senibina tpi masih xphm pasal part 1 & part 2
Asalam . Sya bcita2 nk jadi arkitek bila bsar nnti . InshaAllah . Tapi sya confius nak ambk course apa tahun dpn. Oh ya sya nak masuk form 4 dab alhamdullilah keputusan pt3 dapat 7A . So klu sy nak jadi arkitek nak masuk klas sns stream ke mcam mana? Klu sya masuk KV pula bole ke?
ReplyDeleteAssalamualaikum,abg ni arkitek ka..kalau ya boleh saya nk tmuduga sikit x..ni untuk dpt mrkh bonus folio kerjaya saya
ReplyDeleteassalmualikum,tumpang tanya untuk pelajar spm bg tahun 2016,subjek apa yang wajib untuk melaykkn kami untuk menjdi arkitek? pleasee reply coment :(
ReplyDeleteSye ade research sikit kat senior2 arkitek...klau kat U skurg2nya 5 B termasuklah BM dan BI skurg2nya C...
DeleteKalau nak jadi arkitek kena ambil add math ke
ReplyDeletexsemestinya...amik subject ape2 pon xpe...
DeleteEm kalau kurang mahir dalam melukis tp minat jgk la melukis. Jd boleh ke survive dlm course ni?
ReplyDeleteBoleh..smua bnda boleh bljar..xpe bljr sikit2 lma2 jadi pndailahh.pasal survive tu..smua dri kita gak...
Deletesaya straigt A's SPM 2015 tapi org kata rugi ambil arkitek sbb dorang kata arkitek ni engineers yang tak boleh buat math. Betulke? and diorang prefer kat saya engineer.. so acane?
ReplyDeleteAssalam,abg Fauzi sye cuma nk taw klau nk masuk u kna Isi borang so nk pilih diploma or sarjana muda?ape beza dua tu?harap balas scpt mungkin
DeleteArman, kos ni memang special sikit daripada kos lain. Awak pilih kos sarjana muda sains senibina. Beza dengan dengan diploma, sarjaa muda sains senibina ni ambil masa 4 tahun dan awak terus dapat ijazah sarjana muda sains senibina (kepujian) bukan diploma. Kalau diploma pulak, awak kena ambil sarjana muda pulak lepas tu. Dia ambil masa lagi banyak jugak. Tak kira lagi kalau awak sangkut. Haa.
DeleteAssalamualaikum. Saya nak tanya ni. Sangat memerlukan jawapan ni. Kalau saya mohon course senibina di politeknik, adakah ianya diiktiraf oleh LAM?
ReplyDeleteWaalaikumussalam Ana. Politeknik tak diikhtiraf oleh LAM. Tapi, lepas awak habis poli, boleh je apply course ni. Awak akan lompat terus ke semester 4.
Deleteassalamualikum
ReplyDeletecan you tell me what architect designer do
Waalaikumussalam. Generally, architect is a consultant to client that have building project to be build. We do quite all kind of stuff at first. Architects know something about everything. Engineers know everything about something.
Deleteis it english is important to be architect
ReplyDeleteEnglish is really important nowadays. You'll be dealing with a lot of people. Different kind of people. Thus, it is compulsory. Besides, you'll need to take MUET examination too.
Deletearchitect vs civil engineer
ReplyDeleteAssalamualaikum? Saya memang dah lama minat nak jadi an architect. Tapi kat sekolah, saya ambil account, ict & perdagangan. Addmaths saya tak ambil. So boleh ke jadi architect?
ReplyDeleteWaalaikumussalam Qiena. Agak sukar la kalau Qiena nak ambil kos senibina ni sebab requirement sekarang minta Fizik dan Bahasa Inggeris. Oleh sebab permintaan yang sangat sengit, kebarangkalian untuk terpilih bagi sesi temuduga nanti susah jugak.
DeleteTapi, cara lain, Qiena boleh masuk politeknik terlebih dahulu. Kemudian, kalau Qiena nak ambil kos ni pulak, Qina boleh mohon melalui laman web UiTM. Qiena boleh terus ke semester 4. Kiranya Qiena akan belajar selama 2 tahun untuk kos senibina ni.
Assalamualaikum..agk2 brapa lme utk ambk part 1 & 2 ye?
ReplyDeleteWaalaikumussalam.
DeleteUntuk Part 1 - 4 tahun
Untuk Part 2 - 2 tahun
Assalamualaikum..nak tanya sikit ni... saya memang berminat nak jadi arkitek..tapi saya lemah dalam bahasa inggeris ... subjek lain semua saya okay....so adakah bi ni sangat penting untuk nak jadi arkitek? Saya budak lepasan spm 2017...harap cepat reply..
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Bahasa ni bila kita practice hari-hari, insya Allah kita akan mahir. Jangan sesekali malu bercakap dalam bahasa Inggeris. Biar broken sekali pun, grammar tunggang langgang, cakap je. Sekurangnya kita mencuba. Abaikan kawan-kawan yang mengata. Awak lebih baik daripada mereka tu sebab mereka nampak awak daripada diri mereka sendiri.
DeleteTambah pulak, zaman sekarang ni memang bahasa Inggeris menjadi perbualan rasmi antarabangsa. Pergi mana-mana pun kita mesti akan pakai bahasa Inggeris ni. Lain daripada zaman dulu masa zaman kegemilangan Melaka, bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca.
Akhir kata, hari-hari la awak berlatih bercakap. Tengok movie ke. Dengar lagu ke. Banyak insiatif yang awak boleh buat. Cuma nak kena usaha je. Okay?
assalamualaikum , saya lepasan spm 2016 nak tanya, asasi senibina dan reka bentuk alam sekitar uia tu, lebih kepada architecture jugak kan ?., saya nak try mohon tu, but satu x lepas, fizik kat situ dia nak skurang kurangnya b, tapi fizik saya c+, so i still ada harapan untuk mohon? or just tukar kos lain ? Hope dpt reply cpt :) . thanks.
ReplyDeleteWaalaikumussalam Gadis Iman. Asalkan namanya senibina, memang ada kaitan dengan architecture (senibina). Ikut kemahuan awak mana nak. Kalau awak lebih memilih kepada universiti daripada kos tu sendiri, tukar ke kos lain je. Banyak lagi universiti yang tawarkan program senibina ni. Contohnya, UiTM, UTM, UM etc. Maaf ye sebab reply 9 bulan kemudian. Haha!
Deleteabang,kalau bahasa engglish kena fasih betul² ke klau math tu xde hal bi lah susah camne heee(^_^)
ReplyDeleteBahasa Inggeris ni bahasa dari mulut. Tak susah masa dik oi! Banyakkan sembang dalam BI je. Lantak la orang nak kata apa. Sekurangnya kita cuba. Kita nak jadi lebih baik. Seronok tau bila tau banyak bahasa ni.
DeleteAssalamualaikum abg saya dr form2 saya dh lama minat arkitek tapi sayax pandai sangat melukis lagi2 saya x pandai sangat
ReplyDeleteMacam mane nie....
Waalaikumussalam dik. Alhamdulillah la awal-awal lagi dah minat nak jadi arkitek. Bab melukis ni jujurnya abang cakap abang sendiri tak mahir melukis. Tapi, setiap kemahiran tu perlu diasah. Bukan semua orang dilahirkan bakat untuk melukis. Banyakkan berlatih lukis. Buruk pun takpe. Awal-awal memang macam tu. Malahan, ada arkitek terkenal yang tak tau melukis pun. Tapi, beliau boleh berjaya dari sudut yang lain, macam idea yang kreatif dan kritis. Setiap orang ada kelebihan yang tersendiri.
DeleteSelamat sejahtera...klau jurusan diploma Kejuruteraan Mekanikal(Pembuatan) boleh x digunakan untuk mengambil Ijazah sarjana muda sains seni bina ni?
ReplyDeleteHai Calvin. Awak boleh cuba mohon. Saya ada pensyarah part-time yang dulunya belajar kejuruteraan dan sekarang libat sepenuhnya dalam senibina ni. Jadi, tak mustahil la kalau awak nak berpindah bidang. Semoga berjaya ya!
Deletesalam .. los spm sy ambil sijil arkitek drafting di abm .. macam mana cara nk dpt lesen pelukis pelan brdaftr
ReplyDeleteHello mr fadily , utk jadi arkitek . Apa yg require utk kelayakan spm ? Dia tak prlu fizik kn? N salary dia mcm mna yg bulanan? Subject spm lukisan kejuruteraan dia brkaitan juga ke dgn seni bina ni dia boleh lead jg ke to bidang arkitek ? Mna lg tinggi gaji arkitek or engineer ? Apa beza antara dua tu mcm gelaran tu ? Hehe
ReplyDeletehai. saya pelajar lepasan STPM 2017. dan ingin mengambil kos seni bina . asal budak sains kini dalam aliran sastera (haha). bolehkah? atau ada cara lain untuk masuk.
ReplyDeletesalam sy nk tanya kalau ambil seni bina di politeknik tu berdaftar tak dngn LAM ?
ReplyDelete